Sunday, July 3, 2011

BUAH DABAI...BUAH TROPIKAL SARAWAK

Assalamualaikum dan selamat petang.

Tahu apa itu BUAH DABAI? ok saya baru sahaja mengetahui mengenai buah ini dan saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenainya :)

Di Sarawak sekarang, kalau anda singgah ke pasar basah untuk membeli barang keperluan dapur, anda akan lihat sejenis buah sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah 'dabai'.


Kebiasaannya, buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi kegemaran dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Hal ini membuatkan ia sentiasa mendapat sambutan oleh penggemarnya sehingga ada yang sanggup membeli sampai berkilo-kilo. Mengikut sumber yang tidak sahih, buah dabai dipanggil sebagai Canarium odontophyllum.


Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudiannya bertukar menjasi hitam apabila sudah masak. Isinya berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.


Bagaimana untuk menyediakan buah dabai? Ia mengikut kreativiti penggemar masing-masing. Namun, kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Hal ini yang menyebabkan ia amat sedap utnuk dimakan bersama nasi putih yang masih panas.


Jadi apa kata anda mencubanya sendiri jika anda berkunjung ke Sarawak?Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment

jom tengok:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...