Sunday, July 3, 2011

Buah Zuriat

Assalamualaikum...

Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/buah zuriattin/buah koka. Semuanya sama. Ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Nuh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dahulu.

Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Ok itu intronya sahaja.


Daripada sumber-sumber bacaan dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni

CARA MAKAN BUAH ZURIAT (kredit dari blog Serumpun kasih)
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)



Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Dekat Bawah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa mengerjakan buah zuriat tadi


Mula-mula ingat nak ketuk guna lesung batu.. tapi tak jalan juga..melantun-lantun macam belon

kecewa dengan lesung aku cuba hiris guna pisau.. macam kopek buah kelapa tau.. sebab ada sabut

Kalau betul2 tak sabar memang tak jadilah macam dekat atas ni.. pertama kali aku buat keje macam ni.. hehehe.. demi untuk isteri tercinta

nilah dia beza yang aku dah buang sabut dengan belum.. kalau korang nak tahu.. tempurung ni lagi keras dari tempurung kelapa.

konon-konon nak cuba ketuk guna lesung lepas buang sabut.. tapi mcam takda kesan je.. still rupa yang sama.

korang tahu aku buat apa ni sampai berlubang.. aku korek dekat atas sampai jadi macam ni guna pisau..

akhirnya aku berjaya kopek tempurung buah zuriat untuk lapisan pertama

nilah dia biji buah zuriat lepas keluar dari tempurung.. kalau korang nak tahu kulit yang ni lagi keras dari dari tempurung luar tadi

hasilnya membuahkan hasil.. lega rasanya bila dah berjaya keluarkan dari tempurung..

nilah dia isi buah zuriat tu.. sekali pandang macam isi kelapa kering.. bila aku picit isi dalam tu keras dia cuma tuhan je yang tahu.

tengoklah hasil aku kerjakan 2 biji buah zuriat dari Mekah ni.

Alhamdulilah isi dah aku keluarkan dan dah siap potong untuk direbus.. dia orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. tadi aku dah mula rebus.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.. aku pon tak rasa lagi air tu rasa apa sebenarnya.. apa pon doakan kami berdua supaya cepat dikurniakan zuriat ye.. amin

Nota Kaki : Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..

sumber:
http://www.myvitrd.com/2010/12/kaedah-makan-buah-zuriat.html

No comments:

Post a Comment

jom tengok:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...