Sunday, April 18, 2010

sedarlah wahai umat islam

sebahagian penghinaan terhadap kesucian ISLAM....lakaran pada tapak stokin yang menyerupai kalimah !!!!ALLAH!!!!
sedarlah wahai umat islam
sekarang telah byk penghinaan yang berlaku terhadap agama ISLAM kita!!!
apa tindakan kita????senyap????
mereka menekan....tapi bila kita 'rEacT' kita pula dianggap "TERRORIST"

Saturday, April 17, 2010

Keajaiban Masjid Nabawi

This was a miracle happened around 90 years ago narrated by Sheikh Al-Zubaidi.

A person tried to demolish the Dome of Prophet Muhammad (PBUH) - Masjad Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra). However, when someone climbed over the dome to start the demolition, a sudden lightning struck him and the climber died on the spot and no one was able to remove his body from the top of the dome.

It was also said that a pious man from Madina heard a voice in his dream that no one can take out the dead body from the Dome and that he should be buried there as a warning and a lesson for those who may think of attempting to demolish it in future.

Finally, they decided to bury the man right there on the Dome and cover his body with a green box so it won't visible to people.credit : ohtidak.com

Friday, April 16, 2010

FESYEN??

Secara mudah, fesyen ialah gaya pemakaian seseorang. Seseorang individu dapat menterjemahkan sedikit sebanyak karektor peribadi melalui gaya pemakaiannya. Ini bermakna, fesyen juga bahasa atau simbol yang berupaya menghantar makna-makna tertentu berkenaan ciri-ciri peribadi seseorang. Orang yang menyifatkan fesyen itu mesti selari trend semasa adalah ajaran sesat. Tafsiran fesyen sebegini yang dijulingkan dengan budaya konsumer pada hakikatnya meremehkan fesyen sebagai salah satu fakulti intelektual manusia. Ia sekadar mengecop fesyen sebagai salah satu produk pasaran bebas semata-mata. Kena pakai jenama Prada ke baru dikira fashionable? Damn it!

Untuk melihat perubahan fesyen semasa, kita mesti meleser di jalanan. Di sini lah sebenarnya pelbagai gaya fesyen ‘beraksi,’ bukan di pentas catwalk. Peragaan fesyen tak sama dengan fesyen di jalanan. Alasannya, fesyen mesti praktikal. Yang digayakan di pentas catwalk belum terbukti praktikal selagi ia tak digayakan di jalanan. Biasanya yang membawa perubahan fesyen semasa, atau lebih tepat lagi fesyen jalanan ialah para ‘rock star’ yang sedang hangat di pasaran. Apa yang digayakan oleh ‘rock star’ ini akan cuba ditiru oleh golongan muda yang lain. Apapun, fesyen dijamin akan mengkayakan para towkey pakaian yang sentiasa terjojol mata menanti peluang keuntungan.

Pun begitu, ada juga golongan lain yang membawa perubahan fesyen seperti bintang bola sepak, bintang filem dan bintang realiti TV. Dipotong jalan, para selebriti yang dijulang bagaikan hero. Kerana itu, pereka fesyen tak mampu menggalas cabaran menukar corak fesyen jalanan golongan muda. Akan tetapi, mereka tetap mendepani perubahan fesyen dunia mengikut jalan yang berlainan yang tidak terlalu terbuka untuk dinikmati oleh segenap golongan muda-mudi. Dengan taktik berlainan, melalui media seperti majalah, atau disarung pada tubuh badan selebriti, pereka fesyen mencuri kesempatan menempatkan rekaan mereka dalam fesyen arus perdana. Masalahnya, fesyen dari majalah ini agak terbatas penggayaannya kerana ia hanya mampu diterokai oleh golongan muda-mudi dari kelas menengah atasan dek kerana kos fesyen sebegini secara relatif lebih mahal. Keterbatasan itu juga disebabkan sesetengah fesyen rekaan para pereka tadi tak sesuai/pratikal untuk dipakai. Fesyen yang tak praktikal ini serupa dengan ruang bangunan yang tak praktikal atau sempit, ia memberi ketidak-selesaan kepada pengguna.

Ramai yang tersilap langkah melihat cara berpakaian yang bagus adalah dengan mengenakan fesyen yang ber-kos mahal. Ini bagi saya dosa paling besar dalam hukum berpakaian yang telah dilakukan oleh manusia moden amnya. Citarasa fesyen juga bersangkut-paut dengan citarasa estetika yang lain meliputi citarasa muzik, filem, sastera, hiasan rumah, makanan dll. Boleh disimpulkan, orang yang memiliki citarasa muzik yang teruk, berkemungkinan besar citarasa fesyennya juga teruk, dan seterusnya. Dan orang yang sentiasa berubah-ubah tanpa hujung pangkal boleh diragui prinsip hidupnya. Mungkin dia sendiri keliru atau tak tahu apa yang diingininya hingga terpaksa menoleh orang di kiri dan kanannya setiap waktu, demi dilihat seirama merdu dengan mereka. Sedang orang yang benar-benar bijak pasti bijak menentukan apakah gaya pemakaian yang sesuai bagi dirinya, tanpa tergopoh-gapah cuba fit in dengan trend yang datang dan pergi.

Walaupun ada anggapan yang mengatakan seseorang itu boleh saja menggayakan sebarang fesyen dengan syarat berkeyakinan tinggi untuk menggayakannya, kenyataannya, fesyen yang mengikut trend condong ke arah gaya luaran semata-mata. Fesyen sebegini telah menyebabkan pandangan songsang tadi mengelabui hukum berpakaian yang lebih penting iaitu; seni dan sains. Inilah asas sebenar hukum berpakaian, bukan fesyen yang mengikut trend semasa. Sama saja hukumnya dengan senibina, muzik, filem, dll. Dalam erti kata lain, seni dalam berpakaian mewakili aspek estetika, seperti corak, warna, potongan dan jenis tekstil. Manakala sains menawarkan rasional terhadap aspek estetika tadi seperti keadaan iklim setempat, geografi, skala dan proportion, demi mencapai keselesaan dan kesempurnaan dalam berpakaian.

Idea bagi rekaan fesyen juga tak semestinya bermotifkan keraian pada estetika tubuh badan sahaja. Seseorang pereka fesyen juga patut melihat dunia di sekelilingnya untuk mencapai inspirasi dan idea. Sebagai contoh, pereka fesyen Hussein Chalayan mengambil sosio politik, ekonomi, budaya termasuk filem, muzik, seni bina serta kejuruteraan sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi fesyen rekaannya. Ini semua penting memandangkan kesemua unsur terbabit juga mempengaruhi kehidupan seseorang baik dari segi tingkah laku, pemikiran, emosi, dll. Dengan itu, macam saya sebut tadi, melalui fesyen, ia berupaya menterjemah ciri-ciri individu si pemakainya.

Cuit sikit aspek estetika, pemakaian tali pinggang dilitupi lebihan kemeja yang sengaja dibiarkan terkeluar sedikit adalah haram di sisi hukum berpakaian. Estetika pemakaian tali pinggang wajib menampakkan rupa fizikal tali pinggang itu. Dan hanya orang tak sehat saja yang memakai braces dalam masa yang sama memakai juga tali pinggang. Dari aspek fungsi, ia dikira redundant. Saya juga akan menekup muka bila terlihat seorang yang bertubuh cebol memakai skinny jeans. Disebabkan fesyen ini, penampilan mereka tak ubah macam sarung nangka. Niat untuk dilihat kurus telah bertukar menjadi lawak seram. Sebenarnya, memadai jika mereka mengenakan potongan seluar straight cut. Sama juga jika perempuan bertubuh besar yang terlebih muatan, pemakaian skirt paras lutut kembang semangkuk akan menyebabkannya kelihatan seakan sekuntum Reflesia yang sedang mekar.

Fesyen baggy pant yang diserabuti tali-temali turut mencemari pemandangan. Fungsi tali ialah untuk mengikat. Tapi saya tak tahu apa yang nak diikat oleh si pemakai pada seluar baggy bertali ini. Poket besar yang banyak dengan dihiasi tali-temali yang tiada fungsi adalah jenayah fesyen yang wajib dibenteras hingga ke akar umbi. Berbeza dengan kasut budak kecik yang ber-hon – tuit tuit tuit – walaupun memekak, tapi ia boleh dianggap sebagai memenuhi tuntutan fungsi keselamatan dan bunyian itu wajar dikira sebagai sebahagian dari estetika kasut tersebut. Dalam prinsip estetika, ciptaan berlebih-lebih, atau terlalu kurang, tak praktikal atau tiada fungsi dikira sebagai teruk. Kesempurnaan sesuatu itu adalah berkadaraan dan sederhana, kemudian baru-lah boleh cerita pasal kecantikan.

Dekad 1990-an kita dihidangkan dengan kehadiran sekumpulan gadis dungu yang menggelarkan diri mereka, ‘Spice Girls.’ Mereka memecahkan kebuntuan fesyen remaja perempuan waktu itu dengan gaya fesyen yang berwarna-warni, striking, seluar bell-bottom dan terompah bertapak setebal bongkah batu bata. Bagi saya, ini tak lebih sekadar satu lagi terjemahan budaya ‘pop.’ Maka ramailah para remaja perempuan termasuk di negara ini yang turut sama terjebak membontoti cara berpakaian ala gadis pedas ini. Mereka seolah-olah menganuti fahaman cult yang menjadikan mereka percaya permukaan bumi yang mereka diami dilitupi paku-paku karat.

Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. (bak kata siapa entah?) Kasut serupa terompah setebal batu bata yang digayakan oleh para gadis waktu itu begitu menyesakkan pandangan mata saya. Betapa sesaknya sehingga saya percaya mereka yang memakai kasut sebegitu seperti hidup dalam seksaan zahiriah. Kaki mereka seperti mengalami ketumbuhan yang menyebabkan mereka terpaksa berjalan dengan terencut-encut kerana mengheret kaki yang berat. Atau, seperti banduan yang kakinya dirantai oleh bebola besi. Secara tak langsung, disebabkan fesyen bodoh ini, estetika pergerakan mereka juga kelihatan hodoh. Saya fikir, daripada memakai kasut dengan tapak setebal batu bata, lebih baik mereka memakai kasut ‘Bata.’ Ia lebih ringan, tahan lama, malah lebih senonoh!

Tak dilupakan juga, but ‘Timberland’ yang sering digayakan oleh sesetengah pemuda perasan ‘hip-hop’ di sini juga sebenarnya tak responsif terhadap iklim tropika tempatan. Apatah lagi, but itu dipakai di bandar seperti Kuala Lumpur yang bercuaca panas. But seperti itu jika digayakan di kota negara empat musim seperti New York baru sesuai. Di negara empat musim, pemakaian but kulit asalnya bertujuan menyerap haba, selain untuk kegunaan lasak. Ha, inilah sains! Kalau di sini, selain kegunaan pasukan keselamatan seperti tentera, atau di kilang dan tapak pembinaan, but kulit, Timberland misalnya, hanya sesuai untuk pergi berkebun, menoreh getah atau mengait kelapa sawit, sebagai alternatif kepada kasut lagen. Namun disebabkan taksub mengikut setia trend semasa, maka para trendies sudi mengabaikan aspek seni dan sains.

Kasut tumit tinggi yang menyebabkan postur tapak kaki si pemakai terlipat dekat 90 darjah memang gila! Saya tak peduli sama ada rekaan itu nak terlipat ke, bergulung ke, berpintal ke, tapi bila rekaan itu membabitkan perubahan pada anggota badan dalam posisi yang menyeksakan, rekaan itu wajar dituduh sebagai ‘ganas.’ Si pemakai tanpa disedari telah diseksa atas nama ‘fesyen.’ Pernah terbaca di akhbar, pemakaian kasut tumit tinggi meninggalkan resiko sakit lutut dan maskular kerana postur badan yang dipaksa untuk condong sedikit ke depan. Sayang, kerana takut ketinggalan, demi fesyen, mereka rela dibuli oleh fesyen dan menafikan keselesaan diri sendiri. Tapi jikalau yang memakainya itu berasa nikmat, apa boleh buat, kalau dia memang seorang sadomasokis?

Kasut kulit zaman sekarang turut mengecewakan dari aspek kualiti. Kebanyakannya diperbuat dari guinea leather aka kulit sintetik, yakni kulit campuran fiber. Berlainan dengan kasut kulit keluaran 1960-an misalnya, ia diperbuat dari kulit tulen yang lembut dan tahan lasak. Saya sendiri amat meminati kasut-kasut vintage ini. Kulit tulen yang sekeping itu, oh, sangat pure. Ia tak dicemari bahan-bahan campuran seperti makanan yang direnjis dengan Ajinamoto. Kasut kulit campuran menebalkan, seterusnya menambah berat pada kasut. Ini sebenarnya taktik kapitalis kasut mengurangkan kos produksi dan kualiti. Bila kualiti rendah, ia mudah rosak dan kita perlu menggantikannya dengan kasut yang baru. Tapi pada iklan, diheboh pula tentang bermacam-macam kualiti palsu. Selain mudah rosak, kasut seperti ini juga meninggalkan bahang kepanasan pada kaki. Hey, pure = quality = beauty. Ingat tu!

Dalam masa yang sama, pemakaian selipar dan sandal sangat sesuai di sini. Ia sangat responsif terhadap iklim tempatan. Kaki yang lebih terdedah berpeluang membebaskan haba panas tropika. Mengapa perlu serap haba? Jika kasut, paling sesuai ialah kasut yang ringan. Ini juga sains. Sebabnya, kita memerlukan tenaga lebih untuk mengheret kasut yang berat dan ini pasti akan mengundang lebih banyak proses pembebasan haba dan peluh akibat keadaan suhu yang tinggi. Haba dan peluh tadi memerlukan rongga-rongga udara untuk membebaskan bau yang bakal terhasil. Jika tidak, ia akan terperap di kaki yang terkepung dalam kasut tadi. Jadi khidmat stokin amat diperlukan untuk menyerap haba dan peluh dari kaki. Sebab itu juga penggunaan kasut yang berat ini sangat cemerlang, gemilang dan terbilang dalam meninggalkan bau busuk, sebusuk telur tembelang pada tapak kaki. Tak percaya, cuba try test and cium. Saya dah cuba dah. Best...

Ini amat berbeza andai kita memakai kasut yang lebih ringan, kurang tenaga diperlukan. Jadi, kita lebih bebas menghayunkan kaki ketika berjalan dan lebih fleksibel seperti saat tiba-tiba terpaksa twist kaki untuk mengelak dari terpijak tahi anjing. Pergerakan kaki yang lancar dijamin menghasilkan estetika pergerakan yang kelihatan sempurna dan lebih pantas. Lebih ringan juga sama dengan lebih selesa. Pergerakan kaki yang lebih pantas dan fleksibel pula akan menyebabkan perjalanan darah yang lebih baik. Pendek kata, kasut yang lebih ringan mampu memberi kesan positif terhadap kesihatan. Tanya la tok sami yang kuat berjalan tu, kasut macam mana yang mereka pakai. Kalau mereka ada lebih, tanya lagi, "nak satu boleh?"

Thursday, April 15, 2010

Utara: Wakaf berahi
Oleh Rahmat Othman
bhnews@bharian.com.my
2010/04/15

AKSI berpelukan  sering dilakukan pasangan remaja di Taman Jubli Emas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
AKSI berpelukan sering dilakukan pasangan remaja di Taman Jubli Emas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Taman Jubli Emas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah lokasi seks bebas

ALOR SETAR: Taman Jubli Emas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Jalan Suka Menanti, dekat sini yang dibina bagi memperingati 50 tahun pemerintahan baginda, dicemari perbuatan pasangan remaja yang bertindak memadu asrama tanpa segan silu kepada pengunjung lain.
Tinjauan Berita Harian mendapati pasangan remaja terbabit secara selamba berpelukan atau berbaring di atas riba pasangan mereka tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu lalang di situ.
Perbuatan mereka yang melakukan aksi mencolok mata tanpa rasa malu itu menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung lain yang membawa keluarga untuk beriadah.

Tinjauan juga mendapati pasangan terbabit gemar menggunakan wakaf di situ untuk melakukan pelbagai perbuatan tidak senonoh.

Seorang petugas di taman itu yang hanya mahu dikenali sebagai Che Li mendakwa, sering ternampak pelbagai aksi panas yang dilakukan pasangan remaja tanpa mengira waktu.

"Pasangan terbabit tidak mempunyai perasaan malu apabila berpelukan dan bercium di wakaf yang digunakan sebagai tempat berehat.
"Ada di antara pasangan terbabit dilihat melakukan aksi melampau, termasuk seks oral dan kita bimbang terhadap perlakuan mereka terlalu bebas.

"Kita berharap Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kerap melakukan operasi menahan mereka yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam itu," katanya.

Rakan beliau yang enggan dikenali mendakwa kawasan itu sering menjadi tumpuan pasangan memadu asmara pada waktu sunyi kerana

kurang pengunjung ketika itu.
"Mereka biasanya gemar memilih waktu tengah hari atau malam melakukan kegiatan tidak senonoh kerana suasana sunyi.

"Malah, pada tengah hari Jumaat ketika umat Islam sibuk ke masjid, ada juga pasangan mengambil kesempatan melakukan maksiat kerana mungkin tiada gangguan daripada pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, selain itu ada juga pasangan melakukan maksiat dalam kereta di kawasan taman berkenaan dan mahu pihak berkuasa meningkatkan pemantauan supaya taman itu tidak dijadikan tempat pemuas nafsu pasangan remaja.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaik, Syeikh Mohd Suhaimi Salleh ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi di kawasan itu.

"Kita akan membuat pemantauan di sekitar taman itu bagi membanteras kegiatan tidak bermoral. Jaik berharap orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi kita untuk tindakan susulan," katanya.

Bom Asap

Raya – Bom Asap Buatan Tempatan

Posted at September 17, 2009

Edisi Anti-FRU *Mereka ada water cannon,kita ada smoke bomb!*

Description: Bom asap by Galeri Foto.

Salam semua, semua dah ready nak beraya ke belum? Hehe. Lama jugak gua ambil masa nak buat post ni,semua gara gara Trial SPM yang sedang berlangsung. Exam mempunyai prioriti yang lebih tinggi berbanding blogging *ye ke?*

Dalam 1 minggu terakhir ni,asyik lagu raya je bergumandang di corong corong radio. Tapi semua lagu raya yang sama,balik balik dendang perantau lah,ku pohon restu ayah bonda lahh and so on.

Tapi gua kali ni bukan nak bercerita pasal lagu raya dan sebagainya, gua nak bercerita tentang hikayat bom asap,ep.1 keseronokan malam raya ^_^

Dalam erti kata lain, ini adalah entry yang mengajar anda sekeluarga tentang cara cara membuat bom asap Description: :D

Selalu bila raya je kita dengar orang putus macam macam sebab mercun,kali ni kita main bom asap je. Takde nak putus ape2 sebab yang keluar hanya asap Description: :P

Ok,firstly sediakan bahan bahan yang diperlukan.
Description: 1 bahan asas

Kita ada ;

· penimbang

· soda bicarbonate

· beberapa batang pensel terpakai

· Potassium Nitrate (KNO3)

· Kuali/Periuk

· Sudu tuk menggaul

· Dapur yang mempunyai gas =.=

Sebelum mula, sila pastikan bahawa ibu bapa anda sudah tidur sebelum melakukannya bagi kanak kanak dibawah 15 tahun. TengkuAizat.com tidak bertanggungjawab diatas apa apa kejadian yang berlaku. Do at your own risk.


__________________________

Apparatus
__________________________

Description: 2 penimbang

Penimbang kuih.
Kita akan menggunakan penimbang ni untuk menentukan nisbah dan berat bahan bancuhan kita nanti.

Description: 3 soda bicarbonate

Soda bicarbonate.
Boleh didapati di kedai runcit atau kedai kuih.

Description: 4 pensel

Beberapa batang pensel terpakai.
Boleh didapati di dalam almari,di bawah katil atau di dalam kotak pensel
Diperlukan bagi membuat lubang di akhir experiment.
Description: :D

Description: 5 Kno3 potassium nitrate

POTASSIUM NITRATE (KNO3)

Bahan yang penting + merbahaya dalam aktiviti kita kali ni. Flameable.
Boleh didapati di kedai bunga,nursery dan sebagainya,commonly known as fertiliser.
Jangan pi beli baja taik ayam pulak,cakap la nak baja potassium nitrate.

Juga boleh dibeli online melalui forum terkenal Lowyat atau SabakAgro.
Beli hari ini semalam sampai
Description: :up:

Description: 6 gula

Gula Pasir
Boleh didapati di kedai wak,haji dan lingam.

__________________________

Procedure
__________________________

Description: 7 timbang gula

Timbang gula.
Formula ; Nisbah
Potassium Nitrate : Gula 70:30

Pandai pandai la buat calculation sendiri,jika guna gula 30 gram,guna potassium nitrate 70 gram.
Dalam experimen kali ni,gua guna
70 gram potassium nitrate,30 gram gula

.

.

Description: 8 panaskan

Panaskan kuali.
Sementara panaskan tu get ready dengan gula dan potassium nitrate yang telah ditimbang mengikut nisbah.

.

.

Description: 9 masukkan gula

Tuang gula kedalam kuali yang dah dipanaskan.
Gaul secara perlahan lahan,kalau boleh gunakan api yang kecil bagi mengelak gula daripada hangus.
Percayalah,bau gula hangus lagi menyakitkan hati dari bau taik.

.

.

Description: 11 kacau gula

Kacau kacau kacau kacau kacau kacau gula tuh.
Kacau sampai color dia naik macam color minyak.

.

.

Description: 12 tuang kno3

Bila gula dah start cair,masukkan Potassium Nitrate yang telah ditimbang tadi.
Gaul sehingga sebati

.

.

Description: 13 gaul sebati

Gaul gaul gaul gaul gaul gaul gaul lagi sehingga color dia jadi macam lumpur

.

.

Description: 14 color bertukar

Di tahap ni,kena berjaga jaga dengan kadar api + kadar gaulan bagi mengelakkan gula hangus.
Dah sebati lumpur ni,tuang soda bicarbonate dalam tu.

.

.

Description: 16 gaul sehingga sebati

Gaul campuran.
Pastikan campuran soda + potassium nitrate + gula ni betul betul sebati. Jangan sampai hangit.
Jika nak asap bercolor,tambahkan serbuk pewarna selepas tambah soda.
Lepas sebati, ambil bekas kosong untuk dijadikan bekas bom asap. Dalam experment ni,gua reuse bekas soda bicarbonate.

Lepas dah mampatkan campuran tersebut ke dalam bekas,ambil pensel dan cucuk di tengah tengah bekas tu,dah biarkan bom asap tempatan tu selama 1 jam.

.

.

Description: 17 final produk

Inilah rupa akhir bom asap yang dibiarkan sejuk selama 1 jam. Selepas 1 jam,tarik keluar pensel tu perlahan lahan. Satu bulatan akan terbentuk kat dalam bekas tu,masukkan bunga api kedalam bulatan tersebut dan mampatkan dengan tisu. Balut bekas bom asap tersebut dengan cellotape yang tebal,tinggalkan sedikit lubang di bahagian atas untuk bunga api.

Fungsi bunga api dalam ni adalah sebagai peledak,bakar bunga api tu dan lari. Asap akan mengepul ngepul keluar.

Tips ;
Guna api kecik.
Sediakan bekas yang mencukupi untuk bom asap,biar bekas lebih takpe.
Sentiasa gaul campuran
Seeloknya buat bom asap dengan tidak mengenakan baju,sebab takut bau gula akan melekat di baju.
Jangan terlebih soda bicarbonate, dalam 50 gram dah memadai.

Precaution ;
JANGAN SESEKALI BAKAR POTASSIUM NITRATE SECARA LANGSUNG!
Potassium dan Potassium Nitrate adalah 2 benda yang JAUH BEZA! Be careful!
Sila basuh periuk dan sudu sebersih bersihnya selepas digunakan.

Tamat lah sudah kelas kita pada hari ni. Kalau ada benda benda mengarut lagi akan gua ajar.

Semoga Hari Raya kita semuanya meriah meriah belaka!

Wednesday, April 14, 2010

komunikasi

bismillah

maaf kelewatan mengpostkan task yang diberi oleh En.hakim..saya dimintak untuk mengupas serba sedikit mengenai kemahiran komunikasi. Alhamdulillah akhirnya ada kesempatan dan ruang yang diberikan oleh Allah kepada kite untuk berkongsi ilmu yang ada. topik ni enak untuk saya bincang disini kerana InsyaAllah saya ada serba sedikit Ilmu yang telah saya peroleh dari mengikut kem-kem,motivasi, program2 Ilmiah dan sumber yang Alhamdulillah sangat berguna untuk dijadikan bahan rujukan. saya harap para pembaca dapat membaca dan menghayati. Dan InsyaAllah kita dapat Amalkan.
Komunikasi merupakan satu proses hubungan antara dua pihak atau lebih. Perkara paling penting yang perlu diteliti sebelum mula berkomunikasi ialah mengenal rakan regu kita. Maksudnya sedaya upaya cuba mengenal individu atau kelompok yang dipilih untuk berkomunikasi.

Dari pada peringkat umur, background dan fiil, kita sesuaikan dengan laras penyampaian kita. Beberapa perkara yang perlu untuk diberi perhatian dalam komunikasi;

1) Penampilan
- Penampilan yang kemas, bersahaja, meyakinkan dan kelihatan istimewa membuatkan insan disekeliling rasa terbuka untuk berkomunikasi dengan anda seterusnya menerima huluran salam anda.

2)Bahasa Badan
-Pergerakan anggota tubuh seiring dengan butir bicara mampu memberi kesan peneguhan ke atas isi perbincangan. hal ini penting untuk mewujudkan rasa percaya regu kita.
-Gunakan bahasa badan yang bersifat terbuka seperti tangan yang sdikit di depakan, senyuman yang mesra, pandangan yang penuh minat terhadap isi bicara.
-Elakkan penggunaan bahasa tubuh yang bersifat tertutup seperti berpeluk tubuh, menyilangkan kaki, memeluk buku (meletakkan barrier antara 2 komunikator)

3) eye-contact
-eye-contact amat perlu untuk memberi penegasan tentang perhatian kita terhadap butir bicaranya. Eye- contact perlu ada namun hanya sekejap2. Perkara ini penting untuk menjaga pandangan dalam masa yang sama masih wujud eye-contact. eye-contact ini saya lebih kursus kan kepada lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan.ini kerana dalam islam mewajibkan kite menjaga pandangan antara perempuan dan lelaki ajnabi(lelaki yang bukan mahram..lelaki yang sah berkahwin dgn perempuan tersebut..harap paham..)...

ingin saya ingatkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat perlu dijaga..

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

Allah tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu.

Allah melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergugat keimanannya dan menimbulkan berahinya...


5) Memotong percakapan
-adalah sangat kejam dan tidak sopan jika memotong percakapan orang lain semasa dalam perbualan.



dgn kawan, just be yourself..communicate dengan jujur..dgn mak ayah, cikgu, org
tua2..show our respect to them..dgn budak2, gila2 pon takpa..tapi selit la
nasihat atau teladan yang bersesuaian..

jgn pulak paksa diri utk bercakap kalau takda benda nak cakap..komunikasi bukan dgn suara
ja..kadang-kadang senyum pun dah memadai..dulu ada bljr 5 magic words

s-salam
t-thank you
e-excuse me
p-please
s-sorry


selitkan word2 nih..mayb org lain berasa senang dan dihormati..


Dalam komunikasi, cara penyampaian ikut rentak perwatakan
& usia seseorang itu lebih mudah.
(ini pendapat saya). wink wink

Kesimpulannya, cara nk belajar itu mudah.
Sertakan diri anda dalam regu perbualan mereka mengikut usia.
insyaAllah Dari sini anda mudah mengenali cara komunikasi dgn baik. pray
suka sy ingat kn disini.....
"berkata-kata perkara baik lebih baik dari diam, diam itu lebih baik dari berkata-kata perkara yang tidak baik."

jika menonton tv atau drama2
Dari situ beri perhatian anda, lihat bagaimana
cara mereka berkomunikasi dgn org yg lebih muda/ lebih tua, dari diri mereka sendiri.

Sekiranya sahabat yang lebih arif, perasan kesilapan sy sila tegur.
cloud 9
Itu sahaja buat masa nih. Semoga bermanfat.
amin

Mus'ab bin Umair : Pemuda Dakwah

Bismillah..

salam kepada semua pembaca

kesempatan disini ingin saya berkongsi dengan semua mengenai seorang sahabat yang perlu kte semua contohi. iaitu Musab bin Umair, beliau adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

haha!!!!
sebanyak 9 kali perkataan 'TONGONG' diwartakan dalam sejarah pembikinan kuih ari ni!!!
perkataan tersebut membawa seribu erti dalam hidup kitorang!!!!!
setiap orang terpaksa melafazkan ikrar 'TONGONG' tersebut dengan hati yg rela & ikhlas walaupon dalam keadaan terpaksa!!!!!
jika nasib org palestin berada di tangan JEWS sekarng ni
bagaimana pula dengan nasib kitorang yg berada dalam tangan GGGS ini???
FIKIR-fikirkan lah

Tuesday, April 13, 2010

semut goreng

Alhamdulillah,,,,selesai sudah sidang merancang untuk sem ni,,,
huh legaaaa :)
blik2 r blka deh,,,
b'ltih msk kt umh lak,,,
huhu nt amali,,
wt molep2,,,
ALL DA BEZ~!!

kelantan dibawah kepimpinan ulamak'

KEKALKAN KEPIMPINAN ULAMAK'

Keturunan Bangsa Israel

KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.

"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)

Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi). Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel. Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol). Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s. Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel. Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah.

"Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)

Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu. Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin. Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama. Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini. Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.


Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar. Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit. Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit. Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub. Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi). Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19. Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia. Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub.


Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu. Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya. Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman. Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil. Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi. Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju. Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman.

Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak. Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi. Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman. Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan. Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem. Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa. Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.

jom tengok:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...