Saturday, July 16, 2011

Amalan Untuk Mengelak Terkena Sihir Atau Pukau

1. Baca doa berikut:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi

3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)

4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.










Wednesday, July 13, 2011

Tidak Sedarkah Kita Dengan Melakukan Dosa "24 JAM" Sehari

Sedar atau tidak sedar...gejala mengpos dan tag gmbar dlm facebook amt dgemari remja kini, namun harus diingatkan.....apakah kebaikan dan GANJARAN yang anda dpt.....????
Lihatlah video ini dan soallah diri anda...adkah anda brsedia mnggingnya buat selama-lamaya sehnga anda mati dan ianya masih lagi dipertontonkn secara brleluasa..................
FIKIR-FIKIRKAN..


video kedua untuk dijadikan pedoman...


Berdasarkan video yg telah ditayangkn diharpkan para remja mengambil iktibar dari ap yg terjadi...
penulis di sini merasa amat risau dengan situasi remaja kini terutamanya remaja perempuan yg dengan bgitu mudah mendedahkan aurat mereka kpd orng lain...
INGAT walau SEHELAI RAMBUT SEKALIPUN IANYA ADALAH AURAT......
namun inilah yang diremeh temehkan tidak termasuk lg dngan gejala pemakaian baju-baju yg menmpkkan susuk tubuh bdn .
SEORANG MUSLIM WAJIB MENUTUP AURAT ATAS PERINTAH ALLAH
Tuhan semesta alam..

dan ingatlah...janganlah kamu mempersoalkan perintah Allah dan tidak melakukannya sedangkan kamu telah mengetahuinya...

Melanggar sesuatu hukum yang diperintahkan Allah, walaupun mengenai pakaian, bukanlah perkara remeh. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun dilihat remeh oleh manusia. Allah berfirman, mafhumnya:
"Dan kamu berkata dengan mulut kamu tanpa kamu mempunyai ilmu mengenai perkara yang kamu katakan itu. Kamu menyangka ia perkara remeh pada hal di sisi Allah ia adalah besar."
(Surah Al-Nur: ayat 15)
Menutup aurat, termasuk juga memilih kain yang tidak menampakkan kulit tubuh untuk membuat pakaian. Fesyen juga, tidak yang melekat kepada tubuh apabila memakainya sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Bahawa sesungguhnya ingatlah rakan-rakan dan sahabat-sahabatku di dalam persahabatan ukhuwah ini dalam kelas PISMP RBT 1 ini, aku telah menyampaikan kewjibanku untuk memberikan nasihat dan juga tanggungjawab sesama muslim sebagai cermin kepada yg lainnya dan semoga kita sama-sama dapat memperolehi keredhaan daripada Allah
dan bersyukur dengan mengerjakan segala suruhannya....

AYUH SAHABAT-SAHABATKU...
ALL FOR ONE...
ONE FOR ALL...

Monday, July 11, 2011

'atlit' kelas kami...

hahhaha...
today nk expose kt korg seciput kejayaan dak kluz kami..
kui3....

2mggu lpas, ad diantara dak kls y join kjohanan trtutup maktab ni....
antaranya adlh............
rahim, eriey, shima(star, hehehehe,jgn mawah yew), dibah n tikah...
(seingat ak la....
shima amek bhagian lam double (P) n mix (dua2 dyer rembat...hehhehe)...
tikah n dibah lak brgabung dlm misi XXX in beregu wanita...( wanita dah ke kowunk ni????) hahahha....
Alhamdulillah, setahu ak, shima win all the compitition she's joined...(broken iggeeris kutt)... dibah n tikah lak dpt tmpat ktiga... taun dpan dgor2 ain n min nk join gak.... hehehh... jom challenge seq2 td... hahahhaha...
*y rahim n eriey, tiada kabar brita smpai kt pnulis.....sowie....

lau kowunk nk tau gak, rahim teror gak lam tennis... tgk jew dyer maen.. puyyooooo..... hebat.... ti leh ganti federer kn3????

nk tau cter???? larian 1Malaysia hr tu.... ad gak minah2 rbt1 ni y dpt wt blik towel merah menyala.... walaupun da semput2 lari... but they did the run hardly.... huhuhuhu.....

tu sajelah brita utk kali ni... sowie lmbat post coz posmen amek cuti brhari2...
harap join this blog!!!!!!! tattaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... as slm... =)


Truth that Cannot Be Cover - Bersih 2.0 09/07/2011


SAMA SAMA KITA LIHAT JUGA KISAH DISEBALIK TABIR....ADALAH TIDAK ADIL JIKA KITA MELIHAT @ MENILAI HANYA DARI SEBELAH PIHAK SAHAJA.....JUSTERU SEBELUM MENGHUKUM...KITA PERLU MENILAI,,,


“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno,"

"Tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU,”

“ Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat. Ini rumah kita,”

"Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat. Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas?"

"Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium.

"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun sudah beberapa kali diminta.

“Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?”

“saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang,"

"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," - Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said

Baca seterusnya di http://bm.harakahdaily.net/ind​ex.php/berita-utama/4292-a-sam​ad-said-ajak-golongan-muda-uba​h-negara

Truth that Cannot Be Cover - Bersih 2.0 09/07/2011


SAMA SAMA KITA LIHAT JUGA KISAH DISEBALIK TABIR....ADALAH TIDAK ADIL JIKA KITA MELIHAT @ MENILAI HANYA DARI SEBELAH PIHAK SAHAJA.....JUSTERU SEBELUM MENGHUKUM...KITA PERLU MENILAI,,,

Mutiara Kata Buat Semua :)

"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."


"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."


"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."


"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."


"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."


"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."


"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik Marwan


"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire

"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."


"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."

Sunday, July 3, 2011

Buah Zuriat

Assalamualaikum...

Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/buah zuriattin/buah koka. Semuanya sama. Ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Nuh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dahulu.

Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Ok itu intronya sahaja.


Daripada sumber-sumber bacaan dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni

CARA MAKAN BUAH ZURIAT (kredit dari blog Serumpun kasih)
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)



Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Dekat Bawah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa mengerjakan buah zuriat tadi


Mula-mula ingat nak ketuk guna lesung batu.. tapi tak jalan juga..melantun-lantun macam belon

kecewa dengan lesung aku cuba hiris guna pisau.. macam kopek buah kelapa tau.. sebab ada sabut

Kalau betul2 tak sabar memang tak jadilah macam dekat atas ni.. pertama kali aku buat keje macam ni.. hehehe.. demi untuk isteri tercinta

nilah dia beza yang aku dah buang sabut dengan belum.. kalau korang nak tahu.. tempurung ni lagi keras dari tempurung kelapa.

konon-konon nak cuba ketuk guna lesung lepas buang sabut.. tapi mcam takda kesan je.. still rupa yang sama.

korang tahu aku buat apa ni sampai berlubang.. aku korek dekat atas sampai jadi macam ni guna pisau..

akhirnya aku berjaya kopek tempurung buah zuriat untuk lapisan pertama

nilah dia biji buah zuriat lepas keluar dari tempurung.. kalau korang nak tahu kulit yang ni lagi keras dari dari tempurung luar tadi

hasilnya membuahkan hasil.. lega rasanya bila dah berjaya keluarkan dari tempurung..

nilah dia isi buah zuriat tu.. sekali pandang macam isi kelapa kering.. bila aku picit isi dalam tu keras dia cuma tuhan je yang tahu.

tengoklah hasil aku kerjakan 2 biji buah zuriat dari Mekah ni.

Alhamdulilah isi dah aku keluarkan dan dah siap potong untuk direbus.. dia orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. tadi aku dah mula rebus.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.. aku pon tak rasa lagi air tu rasa apa sebenarnya.. apa pon doakan kami berdua supaya cepat dikurniakan zuriat ye.. amin

Nota Kaki : Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..

sumber:
http://www.myvitrd.com/2010/12/kaedah-makan-buah-zuriat.html

BUAH DABAI...BUAH TROPIKAL SARAWAK

Assalamualaikum dan selamat petang.

Tahu apa itu BUAH DABAI? ok saya baru sahaja mengetahui mengenai buah ini dan saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenainya :)

Di Sarawak sekarang, kalau anda singgah ke pasar basah untuk membeli barang keperluan dapur, anda akan lihat sejenis buah sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah 'dabai'.


Kebiasaannya, buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi kegemaran dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Hal ini membuatkan ia sentiasa mendapat sambutan oleh penggemarnya sehingga ada yang sanggup membeli sampai berkilo-kilo. Mengikut sumber yang tidak sahih, buah dabai dipanggil sebagai Canarium odontophyllum.


Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudiannya bertukar menjasi hitam apabila sudah masak. Isinya berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.


Bagaimana untuk menyediakan buah dabai? Ia mengikut kreativiti penggemar masing-masing. Namun, kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Hal ini yang menyebabkan ia amat sedap utnuk dimakan bersama nasi putih yang masih panas.


Jadi apa kata anda mencubanya sendiri jika anda berkunjung ke Sarawak?Selamat Mencuba :)

hujan rahmat

ASSALAMUALAIKUM...


Sungguh sayang sekali, setiap orang sudah mengetahui bahawa hujan merupakan kenikmatan daripada Allah SWT. Namun, ketika hujan dirasa mengganggu aktivitinya, timbullah kata-kata celaan dari seorang muslim seperti 'Aduh, hujan lagi! hujan lagi!'. Sungguh, kata-kata seperti ini tidak ada manfaatnya sama sekali, dan sudah tentu saja akan dicatatkan ke dalam catatan amalannya.

Bahkan kata-kata seperti ini boleh termasuk kesyikirikan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa seperti masa (waktu). Hal ini dapat dilihat pada sabda Nabi SAW:

"Allah Ta'ala berfirman, 'Manusia menyakiti Aku, dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang mengatur malam dan siang silih berganti'." (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulallah SAW juga bersabda:
"Janganlah kamu mencaci maki angin," (HR Tardmizi, beliau mengatakan hasan sahih)

Ketika hujan mulai turun kadang-kala kita lebih sibuk mencari tempat berteduh atau sibuk berteriak 'hujan!hujan!' dan berlari keluar mengambil jemuran di luar rumah. Selalunya memang seperti itu kita akan lupa untuk berdoa. Saya hanya mencuba untuk mengingatkan sahaja barangkali kita memang selalu lupa berdoa ketika hujan turun, jadi saya titipkan beberapa doa, mudah-mudhaan kita semua dapat mengamalkannya...


1. Doa ketika ada angin kencang

“Allahumma innii As-aluka Khoiroaa Wakhoiro Maa Fiihaa Wakhoiro Maa Arsalta Bihi Wa-a ‘Uudzu Bika Min Syarrihaa Wasyarri Ma arsalta Bih.

Ya Allah ssesungguhnya aku mohon kepadaMu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apasaja yang ada padanya dan kebaikan yang di bawanya, dan aku berlindung kepadaMu akan kejahatan dan kejahatan yang di bawanya.

2. Di waktu hujan turun

Allahuma Shayiban Naafi’a.

Ya Allah semoga lebat dan bermanfaat.

3. Setelah Hujan berhenti

Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih.

Kami di beri hujan ini karena Allah dan rahmatnya.

4. Mohon perlindungan dari hujan yang membawa bencana

Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar.

Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat tempat tumbuhnya pohon.

5. Doa ketika mendengar petir

Subhaana Mayyusabbihur Ro’du Bihamdika Wal Malaa-ikatu Min Khiifatih.

Maha suci Dzat yang petirpun bertasbih dengan puja pujiNya dan juga malaikat karena takut padaNya.

Atau boleh juga:

Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik.

Ya Allah janganlah engkau membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami karena siksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu.

Saya mendapatkan info ini di laman web http://hmasoed.wordpress.com/2009/01/15/hujan-adalah-rahmat-allah-jangan-dicela-datangnya-terimalah-dengan-penuh-syukur-dan-sabar-persiapkan-diri-menerima-rahmat-allah-h-u-j-a-n/. Jika ada sebarang kesilapan harap sudi perbetulkan.

jom tengok:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...