Sunday, January 30, 2011

ikan ikan ikan :)


IKAN MINUM

Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum.
Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air.

wekk! :p

DINOSAUR MUNTAH
Muntahan fosil tertua telah di temuai di Peterborougah. Muntahan tersebut dikeluarkan oleh dinosour Ichthyosoaurus yang hidup di dalam air di England 160 juta tahun dahulu. Fosil ini telah ditemuai oleh Doyle di sebuah kuari tanah liat. Setelah dianalisa pada fosil tersebut nyata terdapat kandungan asid penghadaman dinosour. Menurut Dave Martill seorang ahli kajipurba Universiti of Portsmouth, penemuan ini amat penting dalam mengkaji cara permakanan dinosor tersebut

cuba teka~!!

KATAK ADE GIGI TAK
Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti’.

Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.

Thursday, January 27, 2011

Putus Cinta & Dia Jodoh Sayakah?


SOALAN

Assalamualaikum ustaz

Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..

Sebelum saya putus dengan dia, saya ada kenal seorang kawan. Dia pandai melihat persamaan nama kita dan pasangan kita. Bila dia matchkan nama saya dengan teman lelaki saya, dia cakap 50-50..teman lelaki saya berbelah bahagi.

Jadi dia minta saya terus berusaha dan berdoa. Kemudian dia ade suruh saya jampi dekat air dan minum selama 4 hari air tersebut. Dia cakap kalau saya buat..saya akan link dengan hati teman lelaki saya untuk melihat samada teman lelaki saya ada perasaan dengan saya atau tidak. Selepas 4 hari saya rasa jiwa kosong. Kemudian dia mengatakan teman lelaki saya sebenarnya dah tidak memilih saya, tetapi emak dia. Keesokkan harinya teman lelaki saya menghantar sms bahawa dia terpaksa memilih emaknya bukan saya.

Soalan saya

1)Adakah Allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?

2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?

JAWAPAN

Saya bersimpati atas kerunsingan dan kesedihan yang menimpa saudari. Saya juga mengetahui kemurungan akibat ‘patah hati’ dan ‘putus cinta’ adalah amat berat kesannya, khususnya ke atas wanita dan sifat naturenya begitu komited apabila telah jatuh cinta. Apapun, anggaplah ia sebagai satu jalan untuk beroleh kebaikan yang lebih dari Allah swt.

Walau menyedari saudari dalam kesedihan, saya masih berkewajiban untuk menerangkan beberapa perkara asas sebelum menjawab soalan yang dikemukan. Kemungkinan ini akan menambah duka di hati saudari, namun perlu kami katakan yang benar walau ianya pahit dan pedih.

Pertamanya ; Ingin saya ingatkan, cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam' apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada 'keterlanjuran kemaluan' atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.

Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya. Oleh kerana itu di dalam Islam, jika bertunang,

Keduanya ; Saudari perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana telah melakukan perkara perbuatan syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh yang menilik perkara ghaib melalui tilikan pada persamaan nama dan yang sepertinya.

Lebih buruk implikasinya pula apabila saudari dan teman lelaki mempercayainya, sehingga mengamalkan amalan syirik yang dibekalkan oleh bomoh syirik itu ( iaitu jampi air dan minum untuk ‘link' hati). Ini tidak lain hanyalah penipuan, kesyirikan dan dosa yang maha besar. Bagi mereka yang mati sebelum sempat bertuabt dari dosa syirik, tempat mereka adalah neraka buat selama-lamanya moga dijauhkan oleh Allah swt. Justeru, segeralah menyedari dan kembalikan kewarasan fikiran dan iman saudari yang mungkin sedang rosak akibat ‘virus cinta' tersebut.

Juga nasihat saya buat saudari dan semua pembaca agar jangan sesekali mempercayaai mandi bunga, mandi air kolah masjid dari tujuh masjid atau surau dan yang sepertinya, semua itu tidak lain hanya membawa kepada kerosakan aqidah dan kehilangan berkat sepanjang hidup.

Ketiganya : Berkenaan soalan saudari :

1) Segala dakwaan bahawa dia jodoh saudari atau bukan adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Malah jika benar dia berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil saudari masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja berkahwin sebagai isteri kedua, tiga atau empat. Jika tidak pun, pintu kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.

2) Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.

Namun demikian, adalah lebih baik untuk saudari memikirkan bahawa ‘kumbang bukannya seekor', malah mungkin yang jauh lebih baik dari si dia. Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu ‘terikat' dan ‘terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari si dia yang telah terhenti di separuh jalannya. Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ya, jauh lebih baik dari seorang sahabat.

3) Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah swt, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa melakukan doa. Selain itu, dibenarkan juga untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.

4) Jangan percaya kepada kawan saudari yang menyeleweng lagi boleh membawa kepada syirik itu. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara halal untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri.

Sekian dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/857-putus-cinta-a-dia-jodoh-sayakah.html

Syahwat Terangsang Tika Puasa : Keliru Antara Mani dan Mazi


Assalamualaikum W.B.K ..

Al-Fadhil ustaz,

Saya seorang gadis berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Sebelum ini saya tidak tahu untuk membezakan antara mazi dan mani. Tetapi, alhamdulillah baru-baru ini setelah saya terbaca ruangan ini, saya tidak ragu-ragu lagi untuk membezakan antara kedua "cecair" tersebut.

Bagaimanapun, saya ingin meminta pendapat.. Oleh kerana awal Ramadhan tempoh hari saya masih "jahil" mengenai mazi dan mani, apabila saya terangsang, saya menganggap cecair yang keluar ialah MANI.

Tetapi, jauh disudut hati saya mengatakan ianya bukanlah mani, jadi saya tetap teruskan berpuasa.

Setelah berbuka puasa, saya mandi wajib untuk keluar dari belenggu ragu-ragu. Perkara ini berlanjutan sehinggalah beberapa hari. Siangnya saya berpuasa, apabila keluar "sesuatu" saya menganggapnnya mani dan mengambil keputusan untuk mandi wajib setiap kali selepas berbuka.

Perkara ini membuatkan saya betul-betul tertekan apatah lagi bila memikirkan jumlah puasa yang perlu saya GANTI @ QADA' yang semakin meningkat HANYA kerana perasaan ragu-ragu tersebut.

Jadi, saya terdetik untuk "mencari jawapan" kepada masalah saya ini sehinggalah saya terbaca PERBEZAAN ANTARA MAZI & MANI yang terdapat dalam ruangan ini.

Sekarang saya yakin sedikit untuk membezakan antara keduanya. Hasil pembacaan dan pemahaman saya, saya dapati cecair yang keluar pada awal Ramadhan dahulu bukanlah mani, tetapi hanya mazi.

Soalan saya, apakah saya perlu mengQada' puasa-puasa yang saya ragui tempoh hari ? Bagaimana pula jika sekarang saya sudah PASTI yang keluar ketika itu memang bukan mani?? Saya harapkan jawapan.. Tolonglah.. Terima kasih !!!

- Soalan Melalui Ruangan Komentar -


Jawapan

Wa'alaikumussalam,

1) Puasa anda adalah sah dan tidak perlu di qadha ( ganti) kerana ia tidak batal hanya kerana keluar air mazi akibat terangsang.

2) Walaubagaimanapun, pahala puasa sdri sudah tentu tergugat dan berkurangan jika air mazi itu keluar akibat rangsangan syahwat. Jika seseorang terangsang sehingga keluar mazi, ini bermakna dia sedang melakukan satu dosa (kecualilah jika di antara suami dan isteri), kerana menurut kebiasaannya sesorang tidak boleh terangsang tanpa sebab, sudah tentu rangsangan itu datang sama ada kerana melihat gambar lucah atau bersembang dengan lelaki melalui telefon, berdepan atau 'chatting' secara bersyahwat...

Untuk makluman, AIR MAZI adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan AIR MANI pula cecair melekit dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

Air MANI adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan AIR MAZI yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air mazi adalah najis dan perlu dibasuh untuk menunaikan AIR MANI, pula berbeza kerana jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas untuk kembali menyucikan diri.

Kembali kepada kes yang bertanya, jika benar ia air mazi disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok, tidak syak lagi ia adalah satu dosa dan apabila ia berlaku dalam bulan mulia ini, sudah tentulah kesannya amat besar. Allah s.w.t menyebut dalam hadis Qudsi :-

ÙŠَتْرُÙƒُ Ø·َعَامَÙ‡ُ ÙˆَØ´َرَابَÙ‡ُ ÙˆَØ´َÙ‡ْÙˆَتَÙ‡ُ من Ø£َجْÙ„ِÙŠ الصِّÙŠَامُ لي وأنا Ø£َجْزِÙŠ

Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

Amat jelas lagi terang Allah s.w.t inginkan dari puasa kita penahanan dari 3 aspek fizikal iaitu tahan makan minum dan keinginan syahwat iaitu seksual.

Dalam hal di atas, jika rangsangan benar kerana syahwat, ia menunjukkan sdri telah melalkukan suatu dosa sehingga tidak dapat menjaga syahwat dengan baik sehingga keluarnya mazi semasa berpuasa. Kaffarah yang berat bagi mereka yang bersetubuh di siang hari Ramadhan sudah cukup membuktikan kemurkaan Allah s.w.t bagi mereka yang melanggar displin syahwat tatkala berpuasa.

Jika syahwat antara suami isteri pun perlu dikawal, apatah lagi dengan lelaki atau wanita luar yang bukan mahram.

Jika benar, ia adalah mazi yang ekluar dengan syahwat, saya nasihatkan sdri agar segera berhenti dan menjauhkan diri dari semua perbincangan dan perbuatan yang boleh menaikkan syahwat kerana ia kelak boleh menjatuhkan seseorang dalam kumpulan hina iaitu penzina yang tidak bertawbat.

Semoga diampuni Allah s.w.t di bulan pengampunan ini.

BEZA MAZI DENGAN KEPUTIHAN

Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau. Justeru, saudari perlu tentukan ceceair apakah yang dimaksudkan. Jalan mudah adalah dengan bertanya kepada ibu saudari. Harapnya sang ibu mempunya kejelasan fikiran tentang perbezaaannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/605-syahwat-terangsang-tika-puasa--keliru-mazi-a-mani.html

jom tengok:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...